MEKAR
Bunga cempaka bunga kemboja
Niat dihati beserta hajat
Jasa kerajaan jangan dilupa
Pencen dibayar keakhir hayat
Daun mengkudu daun sireh
Tanam Halia di Kuala Muda
Hati tersentuh meraih kasih
Budi bahasa budaya kita
Anak Sembilang di tapak tangan
Anak harimau belajar mengaum
Nun dijauhan dilupa jangan
Disudut hati menguntum senyum
Amalan rasuah perlu dicegah
Integriti jatidiri perlu disemai
Mematuhi prosedur bukanlah susah
Asalkan diri tidak mamai
Terkulai layu sekuntum mawar
Tumbuh merunduk resmi padi
Keikhlasan budi menjadi penawar
Kebencian musuh jangan dicari
Bendera berkibar jalur gemilang
Rakyat mesra berbudi pekerti
Jangan dicemar imej terbilang
Bersangka baik akan dihormati
Urusan kerajaan memacu negara
Urusan rakyat pertingkat produktiviti
Perkhidmatan berkualiti amat dibangga
Harap mendapat gaji tinggi
Tanam sengkuang tumbuh peria
Sorong galah tarik tali
Bersangka baik sifat mulia
berbuat jahat jangan sekali
Jolok kapas jatuh jambu
Fitnah memfitnah jangan diamalkan
Terguris dihati seperti sembilu
Mata berpandangan budi kedapatan
Seperti gunting dalam lipatan
Gendang gendut tali kecapi
Berburuk sangka sifat syaitan
Buang terus kelautan api
0 comments:
Post a Comment