Friday, May 27, 2011
Monday, May 16, 2011
Tinta Sahabat..
Kasihku,
hari ini kita masih bersama,
berkongsi suka dan duka,
ketawa dan gembira,
meraikan cinta dua sahabat.
Tetapi esok...
siapa akan tahu,
kau dan aku mungkin terpisah,
antara benua,antara dunia,siapakah yng tahu...
Kerana jarak dan waktu,
bila tiba waktu itu,
tiada siapa yang mampu,
mengubah memori pada masa2 lalu,
Sahabtku ketahuilah,
sayangku ibarat pena yang sentiasa mencoret cerita indah kita,
kasihku umpamakertas untuk ditinta apa sahaja,
Cintaku tidak sehebat Cinta-Nya
padamu...
Sahabat,
Benarlah katamu,
kita tidak akan selamanya bersaman,
Inaimerah dijarimu menjadi saksi,
Pautan kasih suami isteri,
dikau kini telah dimiliki oleh insan yang kau cintai,
Izinkan aku pergi dari hidupmu,
Hanya takdir menentukan,
kau lah sahabt dan teman dalam perjuangan hidup alam remaja..:)
Assalamualaikum....
Bahagiakan Hatimu
Walau sebanyak mana kebencian kita
pada manusia,
Jangan sesakkan hati sendiri,
Hati tidak dicipta untuk sentiasa berbunga,
Hati bukan milik raja,
Pertama hati dahulu yang berfikir,
Pertama hati dahulu yang menangis,
Pertama hati dahulu yang terasa,
Pertama hati dahulu yang berkata-kata,
Bukalah seluasnya hati agar kita menjadi orang yang bahagia.
Banyak bisikan pada hati,
Banyak ujian pada hati,
Banyak angan-angan dari hati,
Banyak ketidakpuasan dari hati,
Tapi jangan sesekali...
Membenarkan nafsu dan akal menjadi batu api,
Lantas kita bakal menjadi insan yang sentiasa melihat kelompangan alam...
Wahai insan,
Berikanlah hatimu pada manusia yang hatinya elok,
Nescaya dia akan merosakkannya,
Namun,jika hatimu diberikan pada ALLAH S.W.T,...
Hati yang hancur itu nescaya akan diperelokkan-Nya,
Bahagiakan hatimu....
Hanya untuk Dia.....
Yang mengizinkan hatimu bahagia...
Assalamualaikum...
